Assalamualaikum.
Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali
Dahulu, selalu saja menyanyikan lagu ini tetapi hanya berkisar dan berulang pada rangkap pertama dan kedua lagu. Dan langsung tidak pernah menghafal dan menghayati rangkap-rangkap seterusnya. Haha. Poor me. Telling you, saya sangat teruk daya penghafalan dan penghayatan lagu. Tapi taktau kenapa, tetiba rasa lagu ni best untuk dinyanyikan semula, at least untuk pagi ini. Huhu.
One of my friends yang sangat up-to-date dengan lagu-lagu yang terkini akan sentiasa mempromosikan lagu-lagu yang dirasakan best dan bertepatan dengan jiwa dan keadaan kepada saya. Dan saya akan terus meminta lirik daripada beliau. Ataupun meminta my friend jelaskan what the song is all about.Hahaha. Because I cant feel the song without looking to the lyrics first! Had told you. Poor me.
There is one song; Tanya Sama Pokok by Mawaddah. You can click here for the lyrics. Rangkap pertama dan kedua lagu Tanya Sama Pokok ni sama dengan lagu Tanya Sama Hati. Tapi rangkap seterusnya adalah berkisar tentang alam dan makhluk ciptaan Allah. Subhanallah.

0 comments:
Post a Comment