Assalamualaikum.
Manusia normal selalu sahaja membuat senarai panjang kehendak dan kemahuan masing-masing apabila tiba tahun baru tidak kira lah sama ada tahun baru hijrah atau kalendar kuda. Mengaku anda pun begitu? Kalau tak, kau bukan manusia normal. Hahaha. Senarai ada. Tapi perlaksanaan ke arah tercapainya kehendak dan kemahuan masing-masing itu yang mengundang curiousity. Mungkin senarai panjang hanyalah sekadar hiasan di atas kertas mahupun blog. Mungkin juga senarai itu diusahakan dengan jayanya untuk mendapatkannya. Selain itu, manusia normal juga sering membuat wishlist selaras dengan peningkatan umur.
Pernah sekali nih, I came across one of the blog while blog walking tanpa arah. You know, cuti yang terlampau lama memang agak membosankan sampaikan semua benda yang tak penting pun kau boleh tertarik untuk membaca. Contohnya sambil mandi pun kau boleh baca apa ramuan yang terkandung dalam shower foam, facial foam dengan sebab saja nak lama-lama mandi dalam bilik air. Hahaha.
Okay, blog yang saya terbaca itu adalah blog seorang lelaki. Selalunya apabila saya tiba pada satu blog yang macam best, saya akan selidik siapa blogger itu. Belajar ke, bekerja ke, berasal dari mana ke, dan apa-apa je lah yang boleh dibaca berkaitan biodata penulis itu. Dari segi penulisan, beliau seorang yang matang, serius, tak main-main.Dan dalam satu entri yang saya terbaca, beliau ada menulis wishlist ketika hari lahirnya yang ke-24 (kalau tak silap). Dalam senarai itu, salah satu nya ialah “Berkahwin dengan Laila ( bukan nama sebenar )”. Bukankah sangat manis itu?Apa? Tak manis? Kau memang tak berperasaan.Hahaha. Saya berpendapat itu sangat manis kerana saya tahu dia bukan jenis yang main-main. He’ll do it when he says it. Dan betullah dia berkahwin dengan Laila( bukan nama sebenar ) akhirnya. Sweet, ain’t?
Jadi bersempena dengan hari lahir saya yang bakal tiba beberapa hari lagi ini, saya pun ada wishlist saya sendiri. Dan antara yang akan terkandung dalam wishlist yang masih dalam proses itu ialah “Berkahwin dengan Kamil (nama sebenar)”. Hahaha. Tipu je.
Sekian.

0 comments:
Post a Comment