Wednesday, July 14, 2010

Malaysia-Indonesia sedia jadi tuan rumah bersama Piala Dunia

Wednesday, July 14, 2010
In the name of Allah..

Tajuk itu boleh ditemui di halaman akhbar Berita Harian pada hari ini. Pada pandangan saya, sebelum Malaysia dan Indonesia bersedia menjadi tuan tumah piala dunia, apa kata dua negara ini cuba menilai sedalam mungkin kesan positif dan negatif nya terhadap negara masing - masing.

Dan sebelum berhajat menjadi tuan rumah piala dunia, apa kata Malaysia dan Indonesia memantapkan ssehabis boleh pasukan bola sepak negara masing - masing.

Sepertimana yang diketahui umum, Uruguay mendapat tempat keeempat dalam Piala Dunia 2010 yang baru sahaja tamat pada 12 Julai yang lalu. Tetapi, maklumkah anda tentang populasi penduduk Uruguay??Kajian menjangkakan bahawa Uruguay hanya akan mencapai jumlah penduduk seramai 3 679 000 pada tahun 2010. Tetapi dengan semangat juang+usaha yang setimpal,populasi yang sedikit itu tidak menghalang negara itu berjaya menggondol tempat ke-4 dalam Piala Dunia itu.

Bagaimana pula dengan Malaysia yang mempunyai populasi seramai puluhan juta ini? Di manakah semangat juang rakyat Malaysia untuk melayakkan Malaysia ke Piala Dunia? Apakah daya usaha yang dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menaikkan nama Malaysia di mata dunia?

Dan secara logiknya,masakan dalam puluhan juta rakyat Malaysia,hanya dipenuhi dengan kaki - kaki bangku sahaja.Itu sungguhlah tidak logik.Atau mungkin,bakat yang ada itu tidak digilap sepenuhnya?? Mungkin ada sesuatu yang silap yang perlu dipikirkan bersama.


End note: Sungguh menterujakan jikalau Malaysia layak ke Piala Dunia.Bukankah begitu?

Saturday, July 10, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Saturday, July 10, 2010
In the name of Allah..

Assalamualaikum.
 
troisR © 2008. Design by Pocket